Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Laman Web Baru

Rabu, 24 Februari 2010

Utk makluman semua pihak yang melayari blog Pemuda UMNO Ketereh, sukacita dimaklumkan bahawa laman web blog baru telah dibina iaitu http://www.pemuda-umno-ketereh.com

Sebarang pertanyaan/masalah/aduan bolehlah merujuk kepada laman web bahagian Maklumbalas atau hubungi di email : adikmat@pemuda-umno-ketereh.com

Rentetan Peristiwa

Rabu, 2 Disember 2009

Mohon maaf kerana tidak kemaskini blog Pemuda UMNO Ketereh kerana terlalu banyak agenda yang lebih penting perlu dilaksanakan.

Selepas pilihanraya kecil Permatang Pasir sampai sekarang blog ini tidak memasukkan isu terbaru. Selepas kalah di Permatang Pasir, alhamdulilah BN menang di Bagan Pinang Negeri Sembilan. Ertinya, BN masih relevan dengan rakyat. Rakyat tahu membalas budi.

Perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia 2009 menyaksikan satu sejarah baru dalam dunia bolasepak negara dimana buat pertama kali setelah 40 tahun kempunan beraksi di final, akhirnya Kelantan berjaya mara biarpun tewas kepada Negeri Sembilan.

Apa yang membanggakan ialah Presiden KAFA adalah Ketua UMNO Bahagian Ketereh iaitu Tan Sri Annuar Musa. Dengan pengurusan dan perancangan yang baik , Kelantan dianggap pasukan sensasi 2009 dengan mencatat keutungan besar. Semoga ada strategi dan bakti dapat dicurahkan buat pemuda kawasan Ketereh oleh KAFA.

Semalam berlangsung majlis Memperkasakan Seni dimana dihimpunkan hampir 30 pasukan dikir barat dalam kawasan Ketereh di YKK Padang Kala dimana ianya dianjurkan oleh Pemuda UMNO Ketereh dengan jayanya.


Salam Ramadhan

Sabtu, 22 Ogos 2009

BN - UMNO vs PAS di Permatang Pasir

Ahad, 16 Ogos 2009

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumunkan Rohaizat Othman Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Manakala PAS pula meletakkan Pesuruhanjaya PAS Pulau Pinang Ustaz Salleh Man sebagai calon bagi mempertahankan kerusi yang disandang oleh PAS melalui Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Ab Rahman sejak 1999.

Mengulangi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan terakhir Manek Urai dimana PAS lawan UMNO buat kali ke-4 selepas pilihanraya umum ke-12 Mac 2008


Wasiat Raja Melayu

Khamis, 13 Ogos 2009

Tanggal 5 Ogos 1957 semasa diperturunkan tandatangan persetujuan membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu;

"Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kami pijak dan langit yang kami junjung iaitu Persekutuan Tanah Melayu"

"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain."

"Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta milik kamu, kami tubuhkan Regimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara."

"Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini"

"Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan Tanah Melayu"

"Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu"

"Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum yang lain"

Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir

Isnin, 10 Ogos 2009

SPR telah mengumumkan bahawa pada 17hb Ogos 2009 adalah hari penamaan calon dan 25hb Ogos 2009 sebagai hari pengudian bagi pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir Pulau Pinang. DUN Permatang Pasir merupakan kawasan dalam Parlimen Permatang Pauh dimana Ketua Pembangkan Anwar Ibrahim adalah ahli Parlimennya.

Majoriti 70% pengundi di Permatang Pasir adalah terdiri daripada orang Melayu. 25% kaum Cina dan selebihnya India dan bangsa lain.

Apakah mampu UMNO menawan kubu kuat PAS ini ? Selepas penyingkiran Anwar dari UMNO, kawasan ini dikuasai oleh PAS sejak 1999 lagi. Kali ini adakah kekuatan Anwar dikawasannya sendiri akan bertambah atau berkurangan ?

Kalau mereka kalah, pasti akan dituduh pengundi hantu bermaharajalela. Kalau bas penyokong UMNO datang ke kawasan pilihanraya mereka akan bertindak kasar dengan menahan dan membaling objek tetapi kalau ada bendera PAS atau rakan sekutu mereka maka mereka diam.

Kecelaruan yang berlaku di Pulau Pinang sudah cukup untuk dijadikan modal oleh UMNO untuk menawan kembali Permatang Pasir. Kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dalam memajukan dan mengurus selia ekonomi adalah asas utama untuk rakyat Permatang Pasir merubah hala kepada UMNO dan UMNO sudah tentu akan membukakan mata kawasan Pakatan Rakyat dengan membangunkan Permatang Pasir sebaik sahaja diumumkan menang.

Pemuda UMNO Ketereh menyeru ahli-ahli dan penyokong UMNO beramai-ramai berkumpul pada hari penamaan calon 17 Ogos ini bagi menunjukkan kekuatan UMNO yang sebenarnya.

Coret-Coret Politik

Ahad, 9 Ogos 2009

PM Malaysia Dato' Seri Najib adalah Presiden UMNO. PAS kata Tok Guru Nik Aziz sambut PM kat airport Pengkalan Chepa bukannya sambut Presiden UMNO.

Maksudnya Dato' Seri Najib yang dikatakan Presiden UMNO yang zalim adalah orang yang berlainan dengan Perdana Menteri sekarang.

PAS kata UMNO mengamalkan politik suku agama suku. Sebab tu PAS takleh terima UMNO. Peliknya PAS kata Kerajaan Pusat dan Kerajaan BN adalah tidak sama. Kerajaan Kelantan boleh bekerjasama dengan Kerajaan Pusat yang teraju utama ialah UMNO dan rakan-rakan dalam Barisan Nasional.

UMNO guna jentera kerajaan masa pilihanraya. PAS guna jentera kerajaan negeri tak apa pulak. PAS tentu jawab mana ada guna. Mana buktinya. Tepuk dada tanyalah diri sendiri...

PAS kata Islam agama menyeluruh dan merangkumi segala aspek kehidupan. Tapi kenapa ada pihak yang dikecualikan PAS. Takkan Islam ada pengecualian pula.

PAS kata nak laksanakan hudud. Tapi PAS kata tidak boleh sebab parlimen berpelembagaan tak kasi peluang. Lepas tu mana konsep jihad. bukankah jihad tu dituntut didalam Islam.

PAS kawan dengan DAP dan PKR. ideologi parti jelas berlainan malah berlawanan. Islam kata arak tu haram tapi PKR kat Selangor main-main dengan isu arak. Siap boleh test jangan jual dalam sebulan.

Kita orang Melayu beragama Islam dan taat pada perintah Allah. Yang tak patuh tu adalah sifat manusia. Tak kira UMNO ke, PAS atau PKR atau tak berparti, bila tak patuh dan taat perintah Allah maka tetap ke neraka. Kalau pangkah PAS masuk syurga walhal yang pangkah ini bukannya warak atau yang taat sepenuhnya pada Allah. Nak kira macam mana ?

Ada anak ADUN PAS kahwin dengan anak ADUN UMNO. Kalau ikut hukum PAS, sahkah perkahwinan tu ?

Tapi PAS pandai simpan masalah dalaman mereka. Pandai beralasan. Ramai ADUN-ADUN PAS makan duit projek tapi sebab beralasan perjuangan Islam maka pengikutnya jadi buta hati.


Hubungan PAS dan DAP

Pemuda UMNO Ketereh merasakan betapa janggal dengan hubungan PAS dan DAP walhal DAP bukanlah kali pertama menghina Islam secara terbuka. Kerjasama sebuah parti yang memperjuangkan Islam dengan parti yang mahu mengamalkan konsep Malaysia Malaysian ini sepatutnya tidak terjalin kerana ianya diibaratkan langit dan bumi.

Secara sinonimnya Roket yang dilancarkan DAP bukanlah mahu ke bulan (PAS). Bulan bagaikan mengharapkan Roket sama seperti pungguk rindukan bulan.

Parti UMNO yang terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam ditolak oleh PAS dengan alasan UMNO adalah parti UMNO mengikut fahaman komunis. Ini satu penghinaan yang tidak boleh dimaafkan. Tuduhan dilemparkan tanpa memikirkan perasaan orang Islam yang lain.

Ulasan tidak perlu dihuraikan kerana Pemuda UMNO Ketereh mahu melihat dalam masa terdekat ini apakah alasan yang akan diberikan oleh PAS mengenai isu ini.

DAP Terus BiaDAP

Melalui laman blog YB Rasah Loke Siew Foke dari parti DAP yang bertajuk RIDHUAN TEE MUST APOLOGIZE TO TEOH BENG HOCK'S FAMILY (kini sudah ditutup) melambangkan betapa DAP sebenarnya tidak akan mengizinkan Islam bertapak sebagai agama rasmi di Malaysia.

Tidak dapat dipastikan samada ketika ini YB Rasah ini telah menarik balik dan memohon maaf kepada Ridhuan Tee diatas penghinaannya itu.

Pemuda UMNO Ketereh mahu YB Rasah Loke Siew Foke memohon maaf secara terbuka kepada Ridhuan Tee malah kepada semua umat Islam di Malaysia diatas penyiaran artikel seperti mana yang dilampirkan dibawah.

RIDHUAN TEE MUST APOLOGIZE TO TEOH BENG HOCK'S FAMILY;
WARNS DAP MP
(daripada laman web http://www.sjsandteam.wordpress.com) - already closed


Loke Siew Fook DAP Socialist Youth (DAPSY) National Chairman and MP for Rasah 4 August 2009

It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.

By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.

Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.

By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.

As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.

DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character.

2 Comments
Its not always about racism. But it is convenient to hide behind it. In this case, it is about INSENSITIVITY. That, we cannot stomach. Look at remarks on Yasmin Ahmad, most malaysians regardless race condemned it.

Anyway, Dr Riduan Tee, here’s something which may help you in your life..”Wise men talk because they have something to say, fools talk because they have to say something” Plato
Comment by kn — August 6, 2009

Who is this bastard of a mohd ridhuan ? Is he a Chinese ? If he is one he certainly does’t speak like one neither does he speak like a dr. Get rid of that dr in front of your name mohd, what sort of a fucking dr r u. Where is your compassion,your understanding,your sympathy towards a dead ma’s unborn child. Has everything to be reduced to your fucking religion ? Your conversion to islam is your own personal business but why must u be used as cat paws by your umno muslims for their unmuslim benefit ? Have u no guilt or shame that u can be used to such an extent as to shame the man who fathered u n the mother who gave birth to u ?

R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims. They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born. They wasted all their effort bringing u up hoping u would take care of them in old age n sweep their graves after death. Now u won’t b doing either, they wouldn’t want to b associated with u. I m sure your relatives feel the same. U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive.

As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history.

If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters !
Wishing u and family miserable lives n deaths.

Blog UMNO

Khamis, 6 Ogos 2009

Terima kasih kepada hamba Allah yang memberi link blog parti politik yang memaparkan blog 3 parti utama di Malaysia iaitu UMNO, PAS dan PKR.

Apa yang menarik ialah kecenderungan pihak lawan terutama PAS dalam menguasai dunia blog dimana PAS dan juga PKR menjadikan internet sebagai alternatif utama dalam menyebarkan segala kegiatan mereka samada yang baik atau tidak baik.

Sebagai sebahagian daripada pemerintah, UMNO dan rakan-rakan dalam BN lebih berhak menguasai media perdana negara dalam menyampaikan maklumat dan mengekalkan keutuhan kerajaan yang ada.

Persepsi pembangkang yang mengkritik terhadap halangan untuk mereka muncul di media massa dan perdana dengan mengatakan bahawa mereka dinafikan hak adalah tidak benar. Menuduh BN memanupulasikan berita atau fakta untuk menghasut rakyat agar membenci pembangkang juga tidak benar.

Oleh itu mereka menggunakan saluran internet sebagai peluang untuk mereka membaham dan membelasah kerajaan pimpinan BN. Apa yang tidak ada dalam laman web pro pembangkang. Semuanya ada dan kebanyakkan yang membaca adalah rakyat yang mempunyai akses kepada internet termasuklah kakitangan kerajaan. Maka benarkah kerajaan Malaysia dibawah pimpinan BN yang diterajui oleh PM dari UMNO menzalimi pembangkang dalam menyebarkan maklumat mereka ???


Jika anda membuka blog parti-parti politik didapati bahagian PAS lebih panjang berbanding UMNO dan kualiti blog orang-orang UMNO lebih rendah dari cara pengisiannya dan membolehkan rakyat yang membacanya mudah meluat dengan provokasi kosong.

Pemuda UMNO Ketereh mengambil pendekatan mudah dalam menangani masalah ini dengan bersikap terbuka, komprehensif dan telus agar dapat membuat rakyat faham erti sebenar falsafah perjuangan UMNO dalam masyarakat.

Oleh yang demikian wajarlah kita membudayakan dunia internet dengan cara yang betul dan tidak melulu agar kesampaian segala isi dan fakta perjuangan tatkala menanti detik pilihanraya umum ke 13.