Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Rentetan Peristiwa

Rabu, 2 Disember 2009

Mohon maaf kerana tidak kemaskini blog Pemuda UMNO Ketereh kerana terlalu banyak agenda yang lebih penting perlu dilaksanakan.

Selepas pilihanraya kecil Permatang Pasir sampai sekarang blog ini tidak memasukkan isu terbaru. Selepas kalah di Permatang Pasir, alhamdulilah BN menang di Bagan Pinang Negeri Sembilan. Ertinya, BN masih relevan dengan rakyat. Rakyat tahu membalas budi.

Perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia 2009 menyaksikan satu sejarah baru dalam dunia bolasepak negara dimana buat pertama kali setelah 40 tahun kempunan beraksi di final, akhirnya Kelantan berjaya mara biarpun tewas kepada Negeri Sembilan.

Apa yang membanggakan ialah Presiden KAFA adalah Ketua UMNO Bahagian Ketereh iaitu Tan Sri Annuar Musa. Dengan pengurusan dan perancangan yang baik , Kelantan dianggap pasukan sensasi 2009 dengan mencatat keutungan besar. Semoga ada strategi dan bakti dapat dicurahkan buat pemuda kawasan Ketereh oleh KAFA.

Semalam berlangsung majlis Memperkasakan Seni dimana dihimpunkan hampir 30 pasukan dikir barat dalam kawasan Ketereh di YKK Padang Kala dimana ianya dianjurkan oleh Pemuda UMNO Ketereh dengan jayanya.


0 ulasan: