Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Hubungan PAS dan DAP

Ahad, 9 Ogos 2009

Pemuda UMNO Ketereh merasakan betapa janggal dengan hubungan PAS dan DAP walhal DAP bukanlah kali pertama menghina Islam secara terbuka. Kerjasama sebuah parti yang memperjuangkan Islam dengan parti yang mahu mengamalkan konsep Malaysia Malaysian ini sepatutnya tidak terjalin kerana ianya diibaratkan langit dan bumi.

Secara sinonimnya Roket yang dilancarkan DAP bukanlah mahu ke bulan (PAS). Bulan bagaikan mengharapkan Roket sama seperti pungguk rindukan bulan.

Parti UMNO yang terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam ditolak oleh PAS dengan alasan UMNO adalah parti UMNO mengikut fahaman komunis. Ini satu penghinaan yang tidak boleh dimaafkan. Tuduhan dilemparkan tanpa memikirkan perasaan orang Islam yang lain.

Ulasan tidak perlu dihuraikan kerana Pemuda UMNO Ketereh mahu melihat dalam masa terdekat ini apakah alasan yang akan diberikan oleh PAS mengenai isu ini.

0 ulasan: