Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Blog UMNO

Khamis, 6 Ogos 2009

Terima kasih kepada hamba Allah yang memberi link blog parti politik yang memaparkan blog 3 parti utama di Malaysia iaitu UMNO, PAS dan PKR.

Apa yang menarik ialah kecenderungan pihak lawan terutama PAS dalam menguasai dunia blog dimana PAS dan juga PKR menjadikan internet sebagai alternatif utama dalam menyebarkan segala kegiatan mereka samada yang baik atau tidak baik.

Sebagai sebahagian daripada pemerintah, UMNO dan rakan-rakan dalam BN lebih berhak menguasai media perdana negara dalam menyampaikan maklumat dan mengekalkan keutuhan kerajaan yang ada.

Persepsi pembangkang yang mengkritik terhadap halangan untuk mereka muncul di media massa dan perdana dengan mengatakan bahawa mereka dinafikan hak adalah tidak benar. Menuduh BN memanupulasikan berita atau fakta untuk menghasut rakyat agar membenci pembangkang juga tidak benar.

Oleh itu mereka menggunakan saluran internet sebagai peluang untuk mereka membaham dan membelasah kerajaan pimpinan BN. Apa yang tidak ada dalam laman web pro pembangkang. Semuanya ada dan kebanyakkan yang membaca adalah rakyat yang mempunyai akses kepada internet termasuklah kakitangan kerajaan. Maka benarkah kerajaan Malaysia dibawah pimpinan BN yang diterajui oleh PM dari UMNO menzalimi pembangkang dalam menyebarkan maklumat mereka ???


Jika anda membuka blog parti-parti politik didapati bahagian PAS lebih panjang berbanding UMNO dan kualiti blog orang-orang UMNO lebih rendah dari cara pengisiannya dan membolehkan rakyat yang membacanya mudah meluat dengan provokasi kosong.

Pemuda UMNO Ketereh mengambil pendekatan mudah dalam menangani masalah ini dengan bersikap terbuka, komprehensif dan telus agar dapat membuat rakyat faham erti sebenar falsafah perjuangan UMNO dalam masyarakat.

Oleh yang demikian wajarlah kita membudayakan dunia internet dengan cara yang betul dan tidak melulu agar kesampaian segala isi dan fakta perjuangan tatkala menanti detik pilihanraya umum ke 13.

1 ulasan:

AJK Pemuda Kadok berkata...

Satu ulasan dan pandangan yang sangat bernas. Kenapa tidak kita sama-sama jadikan ruang siber ini sebagai satu ruang untuk menyampaikan aspirasi siasah masing-masing secara terhormat.