Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir

Isnin, 10 Ogos 2009

SPR telah mengumumkan bahawa pada 17hb Ogos 2009 adalah hari penamaan calon dan 25hb Ogos 2009 sebagai hari pengudian bagi pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir Pulau Pinang. DUN Permatang Pasir merupakan kawasan dalam Parlimen Permatang Pauh dimana Ketua Pembangkan Anwar Ibrahim adalah ahli Parlimennya.

Majoriti 70% pengundi di Permatang Pasir adalah terdiri daripada orang Melayu. 25% kaum Cina dan selebihnya India dan bangsa lain.

Apakah mampu UMNO menawan kubu kuat PAS ini ? Selepas penyingkiran Anwar dari UMNO, kawasan ini dikuasai oleh PAS sejak 1999 lagi. Kali ini adakah kekuatan Anwar dikawasannya sendiri akan bertambah atau berkurangan ?

Kalau mereka kalah, pasti akan dituduh pengundi hantu bermaharajalela. Kalau bas penyokong UMNO datang ke kawasan pilihanraya mereka akan bertindak kasar dengan menahan dan membaling objek tetapi kalau ada bendera PAS atau rakan sekutu mereka maka mereka diam.

Kecelaruan yang berlaku di Pulau Pinang sudah cukup untuk dijadikan modal oleh UMNO untuk menawan kembali Permatang Pasir. Kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dalam memajukan dan mengurus selia ekonomi adalah asas utama untuk rakyat Permatang Pasir merubah hala kepada UMNO dan UMNO sudah tentu akan membukakan mata kawasan Pakatan Rakyat dengan membangunkan Permatang Pasir sebaik sahaja diumumkan menang.

Pemuda UMNO Ketereh menyeru ahli-ahli dan penyokong UMNO beramai-ramai berkumpul pada hari penamaan calon 17 Ogos ini bagi menunjukkan kekuatan UMNO yang sebenarnya.

0 ulasan: