Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Karpal Sememangnya Layak Dipanggil "Celaka"

Selasa, 3 Mac 2009

Apakah Karpal Singh tidak tahu makna 'celaka' dan impaknya jika perkataan itu dilontarkan kepada orang lain terutamanya orang Melayu?

Persoalan ini timbul apabila ada rakan yang memberikan komentar bahawa perkataan celaka itu tidak membawa apa-apa makna yang berat seperti yang disangka dan diterima oleh mereka yang dicelakakan itu.

Jika benarlah celaka yang dikatakan oleh Karpal Singh tidak bermaksud seburuk yang difahamkan oleh orang Melayu dan Pemuda UMNO, makanya Karpal Singh adalah seorang warganegara Malaysia yang tidak prihatin dan terlalu bodoh untuk tidak menjaga hati bangsa lain di dalam negara ini.

Adalah amat memalukan jika Karpal Singh tidak sedar buruknya perkataan 'celaka', lebih-lebih lagi seusia beliau yang hampir ke penghujungnya.

Malah, perkataan itu dilontarkan di dalam dewan parlimen yang mulia dan dipandang tinggi oleh seluruh rakyat Malaysia dan dunia.

Kita mempunyai pelbagai lagu dan sindiran mengenai bangsa Karpal Singh tetapi kita tidak akan semudah Karpal Singh untuk menyindir beliau dan bangsa Sikh. Ini adalah kerana bangsa Sikh perlu dihormati seperti kita menghormati bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.

Makanya, hanya Karpal Singh yang perlu dikritik habis-habisan kerana keceluparan beliau itu.

Maksud penulis, apakah Karpal Singh yang sebenarnya layak dipanggil 'celaka'?

Sehingga saat ini, kita masih menunggu Karpal Singh mengulangi kata-kata beliau di luar dewan parlimen.

Dan jika beliau adalah seorang yang 'jantan', beliau akan menyahut cabaran ini dan sanggup menerima apa sahaja risiko yang tertakluk di dalam undang-undang. Itu barulah 'king' namanya.

Jika tidak, Karpal Singh memang penakut dan pengecut. Firasat penulis, Karpal Singh memang begitu.


Oleh Dr Novandri Hasan Basri (laman web pemuda umno)

0 ulasan: