Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Sosek Sikit

Selasa, 6 Januari 2009

Pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu akan menjadi medan tempur politik antara UMNO dan PAS. Kekuatan UMNO selaku peneraju Barisan Nasional (BN) akan ditentukan melalui pilihanraya kecil ini. Sejauh mana pengaruh UMNO dikalangan warga pengundi Kuala Terengganu akan mengukur kemampuan UMNO untuk perjuangan seterusnya terutama dalam mengharungi kesuraman yang menjalar ketika ini akibat tekanan bertali arus samada dari dalaman UMNO sendiri mahupun dari pihak lawan.

Pemuda UMNO Ketereh akan bertindak sebagai pemangkin undi di kawasan Kuala Terengganu dengan cara dan kaedah yang berkesan yakni memahut hati pengundi agar memangkah lambang dacing ketika seisi mengundi kelak.

Harapan besar terhadap pilihanraya ini ialah kerana Pemuda UMNO Ketereh ingin belajar bagaimana cara untuk bergerak dalam pilihanraya umum akan datang bagi merampas kerusi dari pihak lawan di Parlimen Ketereh.

Sikap yang baik perlu ditunjukkan oleh Pemuda UMNO Ketereh dalam menyertai kempen pilihanraya ini. Harapan yang sama untuk semua penyokong UMNO di pilihanraya kecil ini nanti.

Insyallah, kita pasti menang dan kekal di hati rakyat

0 ulasan: