Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Bantahan Tindakan Ganas Israel

Selasa, 6 Januari 2009

Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ketereh, melalui Biro Hal Ehwal Pelajar, NGO dan Antarabangsa nya, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas rejim Israel melancarkan serangan terhadap penduduk Semenanjung Gaza. Dalam serangan tersebut, hampir 300 nyawa yang tidak berdosa menjadi korban.

Pengerusi Biro, Saudara Nor Mazi bin Muhamad Nor menyatakan bahawa tindakan Israel itu sebagai suatu tindakan kejam dan tiada keperimanusian, selain bermotifkan pembunuhan bangsa Palestin yang sekian lama mengimpikan kehidupan aman dibumi Palestin.

Tindakan Israel pada kali ini jelas mencabuli komitmen yang dipersetujui pada Persidangan Annapolis bertarikh 27 Disember 2007.

Dalam situasi ini, semua pihak harus bersatu atas nama kemanusian, biar sekecil mana pun usaha dan kudrat, mengecam akan rentetan kezaliman Yahudi keparat ini.

Pemuda Umno Ketereh mengesa semua pihak, tidak kira atas nama apa sekali pun, mengutuk dan terus berdoa agar kekejaman ini mencapai titik akhirnya dan kedaulatan rakyat Palestin dapat dikembalikan .

0 ulasan: