Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

BELIA

Isnin, 3 November 2008

Saya tertarik dengan satu point ucapan ketika menghadiri salah satu perasmian mesyuarat bahagian di Kelantan baru2 ni. Point ucapan berkisarkan dgn peruntukan yg di salurkan kepada bahagian2 yang kalah semasa p/raya ke 12. Memang semua sedari & akui bagi tempat bahagian2 yg kalah, termasuk di Ketereh ni, peruntukan yang disalurkan utk menjalankan aktiviti bg memperkasa semula amat terhad. Ini menjadi satu faktor penyebab bagi sesetengah pihak utk menrencanakan aktiviti-aktiviti yang di lihat mampu mengubah persepsi masyarakat untuk p/raya yg akan datang.

Saya berpendapat, jika kita pandai mencari & mengambil peluang yg tersedia ada, walaupun tidak banyak, sedikit sebanyak dpt membantu mengatasi masalah ini. Sebagai contoh Kementerian Belia & Sukan (KBS) telah menyediakan dana@peruntukan sebanyak RM 3,000.00 setiap persatuan@kelab belia untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti. Mungkin ada yg berpendapat jumlah itu amat kecil & tidak cukup untuk membuat aktiviti, tetapi di sini Pemuda & Persatuan Belia harus memainkan peranan bagi menjadikan peruntukan yg di sediakan oleh KBS itu cukup untuk menjayakan aktiviti.

Kita lihat setiap bahagian mempunyai banyak cawangan & cawangan pemuda. Jadi apa salahnya di setiap cawangan itu menubuhkan persatuan belia. Jika tidak pun kita 'kapuh', combine, 2@3 cawangan tubuhkan 1 persatuan belia. Sebagai contoh sesuatu bahagian mempunyai 100 cawangan, jika kita bahagikan 3 cawangan utk menubuhkan persatuan belia, maka wujud lah lebih kurang 33 persatuan belia di bahagian itu. 33 persatuan ini memohon peruntukan yg telah disediakan oleh KBS, jadi jumlah yang telah terkumpul tu sebanyak RM 99,000.00. Saya pun tak pasti la jumlah tu sikit ke banyak, bagi saya sudah cukup untuk menjayakan aktiviti.

Pihak Pemuda & Belia Bahagian di sini perlu bekerjasama dan berperanan dalam mengurus tadbir wang yang telah di kumpul. Bagi menjanakan pendapatan persatuan belia itu, kita ambik dari wang peruntukan KBS itu sebyk RM 1,000.00 & kita laburkan di dalam Koperasi yang dapat membantu menjanakan pendapat. Sebagai di Ketereh ni Koperasi Pembangunan Rakyat Ketereh ( KOPERAT). Jadi pendapat pesatuan belia telah dapat dijanakan, aktiviti-aktiviti pembangunan turut dapat di jayakan.

Secara kesimpulan di sini sebanyak RM66,000.00 akan di gunakan untuk menjayakan aktiviti & sebanyak RM 33,000.00 wang persatuan belia di janakan.

Di sini saya menyarankan, Pemuda & Persatuan Belia duduk semeja, berbincang bg menjayakan matlamat dan visi kita, BERSATU, BERSEDIA, BERKHIDMAT.

Any komen?

2 ulasan:

sharp shooter berkata...

Cadangan yang boleh di terimo. Pendapat2 mace ni la kito perlu ado dale pemudo kito. Bagus, Good..

Tanpa Nama berkata...

Ya, sangat mantap dan amat bernas cadangan ini...... Raso nya ambo bulih agak ni idea sapo..