Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Sepintas Lalu

Isnin, 17 November 2008

Persidangan perwakilan peringkat bahagian Ketereh sudah pon selesai. Pelbagai isu, perkara dan kejadian yang menarik telah berlaku sepanjang persidangan berjalan. Suara-suara, keluhan, pendapat dan kuahan rasa dapat kita dengari dari semua pihak. Pemuda Ketereh sendiri merasa amat berbangga dan berterima kasih kepada pucuk pimpinan bahagian yang telah memberi ruang kepada pemuda untuk berhujah dan memberi pendapat di dalam persidangan ini.

2 wakil pemuda telah terpilih untuk berucap semasa persidangan ini. Walau pun melihat sedikit wakil ini sedikit gugup, (al maklumlah budak baru), tapi ucapan setinggi tahniah kepada wakil kita kerana berjaya melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah di berikan.

Setinggi tahniah di ucapkan kepada mereka-mereka yang telah terpilih untuk menjadi Ahli Jawatan kuasa Bahagian & Perwakilan Ke Persidangan Agung di Kuala Lumpur. Pemuda berharap dapat menjalinkan kerjasama yang erat dengan mereka dalam memperkasakan UMNO yang kita sayangi ini.

Sudah terdengar suara-suara yang ingin melihat kabinet penuh Pemuda Bahagian ini, Insya Allah, dalam masa seminggu dua ini, KP akan mengishtiharkan senarai penuh ahli jawatankuasa pemuda, setelah mendapat perkenan dan restu dari pihak bahagian.

Bagi mereka yang akan terpilih dan dipilih ini, moga dapat menjalankan dan memikul tanggung jawab ini dengan penuh ikhlas dan dedikasi.

0 ulasan: