Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Ucapan Ketua Pemuda UMNO Ketereh

Khamis, 30 Julai 2009




Kalau hendak memilih kain
Pilih kain bertapak catur
Kalau hendak memilih pemimpin
Pilihlah pemimpin berakhlak jujur


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabat baginda. Bagi pihak seluruh barisan Exco, saya mengalu-alukan kehadiran saudara para perwakilan sekalian.Semoga perhimpunan ini akan terus meneguhkan iman, meningkatkan amal dan menambahkan ilmu kita semua demi mengangkat syiar Islam dan maruah bangsa


Marilah kita merenung kembali ingatan yang diucapkan oleh tokoh perjuang Pemuda UMNO iaitu Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar dimana Allahyarham menyebut

“... perjuangan UMNO seluruhnya dan khasnya Pemuda yang akan menerima pusaka daripada orang-orang yang tua sekarang ini, adalah satu perjuangan yang amat sulit, amat berat dan tidak boleh diambil secara sambil lewa sahaja.

Dalam perjuangan, kita mestilah serius. Selain dari serius, dalam keadaan serius kita juga, kita mestilah jujur. Inilah dua syarat yang penting untuk mencapai atau sampai ke matlamat yang kita tuju. Kalau kita tidak serius, (atau) kalau kita serius tetapi untuk kepentingan diri, bencana dan celaka juga padahnya kepada bangsa dan keturunan kita yang akan datang.”

Memang kita serius dan memang kita jujur, Pemuda adalah sayap kepada perjuangan UMNO dari dulu, kini dan selamanya.Sebab itu saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah beralih arah atau termakan janji manis pihak lawan malah teguh berdiri bersama dalam memperkasakan perjuangan kita.Mereka menyerang kita, menghina kita secara membabi buta, menyamakan kita dengan komunis laknatullah dan mengkafirkan kita tetapi benteng Pemuda tetap utuh dan jitu. Katalah apa yang mereka hendak perkatakan

Pilihanraya Manek Urai benar-benar menguji kekuatan UMNO di Kelantan dan alhamdulilah, tidak pernah terbayang dalam fikiran saya, sepertimana yang mereka war-warkan bahawa mereka, Pakatan Rakyat mempunyai sokongan dan kekuatan yang besar di Kelantan akhirnya calon mereka dari Parti PAS hanya menang 'nyawa2 ikan' dengan majoriti 65 undi.

Pemuda Ketereh berkampung di Manek Urai bukanlah sia-sia malah kedatangan kita di Manek Urai disambut dengan pintu yang terbuka oleh anak-anak muda di Manek Urai. PAS melalui post mortem mereka dan disiarkan dalam HarakahDaily mengesahkan bahawa gerak kerja pemuda UMNO merapati orang muda membuahkan hasil dan merugikan mereka yang asyik berbalah sesama sendiri.

Sumber PAS sendiri berkata wujud pergeseran dikalangan penyokong dan ahli PAS terutama dari Kelantan dan Terengganu semasa di Pilihanraya Kecil Manek Urai.

Perjuangan Islam yang mereka laungkan hanya sekadar slogan. Mereka mengulit rakyat dengan janji syurga yang menyebabkan rakyat terus dalam kemiskinan. Islam sendiri menuntut kepada perubahan yakni islah masta'atut. Perubahan apa yang dibawa PAS sedangkan gejala sosial rakyat Kelantan amat teruk sekali.

Tiba masanya kita renung dan kaji sendiri kenapa kita membiarkan mereka menganggap kita lemah walhal yang memerintah negara adalah Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO.Dunia kian berubah dimana maklumat samada benar atau dusta boleh disebarkan kesemerata tempat tanpa batasan. Ini kekuatan yang mereka gunakan untuk menjatuhkan kita. Tetapi kenapa kita terlalu kerdil dalam penguasaan dunia sebaran ini walhal kita yang melaksanakannya untuk rakyat.Oleh itu kita kena peka dengan situasi semasa.Kita ada kekuatan dan gunakalah ia untuk kebaikan parti. Teknologi internet adalah bebas dan generasi internet ini mempunyai akal dan daya fikiran mereka tersendiri. Banyak blog lawan dari blog UMNO dalam dunia maya ini dan ini mempengaruhi minda pelayar.

Kalau boleh, mulai hari ini wujudkan blog masing-masing bagi tujuan mengimbangi serangan lawan yang bertali arus.Kita tidak boleh biarkan lawan kita merampas anak muda dengan cara begini. Guna akal dan jati diri yang kita serapkan dalam diri kita untuk menjawab apa jua kemelut, isu, fitnah lawan kita dengan cara berhemah.

Tidak ada sebab untuk kita berdiam diri dengan segala tohmahan mereka. Walau sedikit kesilapan yang UMNO lakukan tetapi sampai ke anak cucu mereka ungkitkan sedangkan kesilapan besar mereka akan mereka diamkan dan apabila kita buat seperti mana mereka buat maka mereka menuduh kita campurtangan, jaga tepi kain orang dan menyibuk tidak tentu pasal sambil memalingkan kesalahan mereka kepada kita. Ini strategi lawan yang kita tidak buat kerana kita bersikap baik sangka (husnuzam)

Kita teruskan kerja kita sebagai seorang pejuang kerana seorang pejuang tidak akan luntur semangatnya. Yakin dalam perjuangan maka selamanya kita berkemampuan. Biar orang tahu kesungguhan kita dalam membangunkan nasib rakyat.Saya minta kepada pemuda UMNO Ketereh supaya menghalusi permasalahan ini agar kita dapat memanafaatkannya bagi menjana kekuatan Pemuda selaku sayap utama kepada Bahagian kita.

Peka. Ketajaman fikiran dan kekuatan akal serta peribadi yang baik dalam masyarakat mampu memartabatkan Pemuda. Jangan kita kedekut dengan senyuman, jangan biar orang pandang sebelah mata kepada kita kerana itu KEADILAN, kalau mata hijau kita birukan balik dan kalau tak ada anak mata itu dah terlepas ke Angkasa Lepas. Mereka tidak pernah duduk diam memikirkan untuk menjatuhkan kita.

Nasihat atau teguran rakyat terhadap UMNO wajib kita perhalusi dan jangan cepat melatah malah lebih baik kita balas dengan fakta benar, logik akal bersertakan fitrha wahyu. Dengan cara itu kita dapat angkat kedudukan kita dihati rakyat

Tanya orang Puteri, takkan tak ada gaduh-gaduh dalam Puteri namun mereka tetap mahu bangkit dan turut serta dalam wadah perjuangan UMNO walaupun usia mereka masih belum matang lagi.


Wanita juga kita tidak boleh nafikan kerana peranan Wanitalah, UMNO terus gah dalam perjuangan bangsa. Mereka tidak meminta tetapi menyokong sedaya mereka malah tidak tergugat dengan kehadiran puteri malah membantu antara satu sama lain.

Ikrar Pemuda kepada UMNO Bahagian Ketereh adalah tetap bersama beriringan tidak kira apa jua halangan dan rintangan dan dugaan. Tidak mudah gundah gulana tidak mudah berduka lara.


Apabila kita menyebut UMNO Ketereh maka kita membayangkan kepada Kadok, Melor dan Kok Lanas.Dengan cara ini ianya akan menwujudkan kumpulan tertentu dalam UMNO Ketereh. Cuba kita hindarkan dari menjadikan UMNO Ketereh kepada 3 bahagian dengan menwujudkan 1Ketereh.Bila orang tanya kita puak mana kita puak 1 Ketereh.

Sebab itu 1Malaysia yang dilancarkan oleh PM akan Pemuda Ketereh realisasikan agar matlamat 1Malaysia itu tercapai.1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”

Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.Kita ada satu bangsa yang dipadukan, kita ada satu bahasa, kita ada satu negara yang merdeka dan dengan kemerdekaan ini kita satukan ianya menjadi satu Malaysia buat semua orang tidak kira melayu cina india iban kadazan dan sebagainya.

Kita bermula dengan sejarah dan dengan sejarah kita dapat mempelajari dimana kelemahan kita. Tidak perlu kita cerita pada orang dimana kelemahan kita, cukup setakat kita memahami kesalahan, perlbetulkan kemudian bangkit dengan segala iltizam. Biar kita nampak gagah sebagai Pemuda.

0 ulasan: