Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Beza UMNO dan PAS

Sabtu, 11 Julai 2009

PAS memperkasakan diri mereka sebagai parti yang memperjuangkan Islam. UMNO pula dikatakan bersifat kebangsaan dan menolak Islam sebagai asas perjuangan. Lalu dikatakan oleh PAS bahawa UMNO adalah parti komunis, kafir dan banyak lagi tuduhan.

Penulis bukanlah seorang pendakwah atau ulama tetapi rasionalnya mampu memberi penilaian serta menangkis tuduhan PAS terhadap UMNO. Sahsiah perjuangan penyokong atau ahli PAS boleh kita pertikaikan secara halus tanpa bersifat kejam.

Kerajaan Kelantan telah ditadbir oleh parti PAS sejak 1990 dimana Menteri Besarnya adalah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Penulis menghormati kewibawaan TGNA kerana pentadbirannya bersifat sederhana dan tidak kelihatan 'panas' dan ini menjadi sandaran untuk mereka terus kekal di hati kebanyakkan rakyat.

Sikap PAS memburukkan UMNO tanpa rasa segan dan silu menjadikan permusuhan antara UMNO dan PAS akan kekal berpanjangan. Jika PAS dihadapkan ke mahkamah atau disabitkan dengan kontroversi, mereka bermatian menafikan ketidakbersalahan mereka biarpun mahkamah belum menentukan keputusannya.

Jika UMNO, walaupun mahkamah tidak menyabitkan kesalahan namun PAS tetap menganggap UMNO bersalah dan terus melabelnya setakat mana mereka mahu. Seteruk mana kelakuan pemimpin PAS mereka akan mendiamkannya dan tidak ambil kisah.

Jika UMNO bersifat kafir atau komunis lantaran tidak menlaksanakan perintah Allah maka apa bezanya PAS yang mahu melaksanakan hudud tetapi terpaksa tunduk dengan sistem perundangan berparlimen dan raja berpelembagaan. Mana semangat jihad menegakkan hukum Allah.

Apakah munafik itu hanya tertumpu kepada orang UMNO sahaja sedangkan PAS tidak. Menuduh kerajaan Barisan Nasional yang bertunjangkan UMNO sebagai komunis dan kafir tetapi ramai ahli dan penyokong PAS bersekongkol dengan kerajaan UMNO BN yang dikatakan zalim dan kufur ini. Makan gaji dengan kerajaan yang mendapatkan pendapatan dari lesen judi, arak dan maksiat.

Cukuplah. UMNO didasari pemimpin yang beragama Islam juga. Seharusnya sesama Islam kita tidak bersifat buruk sangka malah kerjasama yang erat perlu dilaksanakan bagi memupuk semangat sillaturahim.

Tiba masanya PAS perlu bersifat terbuka kerana UMNO tidak akan sama sekali membiarkan Malaysia jatuh ketangan orang kafir.

0 ulasan: