Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Sokongan Buat Ketua Pemuda UMNO baru

Rabu, 1 April 2009




Sebagai Ketua Pemuda UMNO Ketereh, saya Mohamad bin Abdullah menwakili saf Pemuda Ketereh merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO yang baru iaitu YB Khairy Jamaluddin.

Kami merasa bangga kerana kemenangan YB Khairy menepati ramalan Pemuda UMNO Ketereh dengan mencalonkan YB Khairy semasa proses pencalonan dahulu.

Ini tidak bermakna bahawa Pemuda UMNO Ketereh tidak memberi sokongan kepada 2 orang lagi yang bertanding iaitu YB Mukhriz Mahathir dan YB Khir Toyo. Malah sumbangan mereka kepada Pemuda UMNO Ketereh adalah amat kami hargai dan kenangi.

Dengan itu bermulalah episod baru dalam saf kepemimpinan Pemuda UMNO sebagai tunjang atau sayap kepada UMNO. Buang yang keroh dan ambil yang jernih.

Marilah sama-sama kita bersatu hati dalam usaha memperkukuhkan UMNO dimata rakyat dan yang paling penting Pemuda UMNO bergerak dan berusaha sama dalam usaha ini.

Semangat setiakawan, berani berubah adalah prinsip yang baik yang akan dikemudikan oleh Pemuda UMNO Ketereh.

Mohamad Abdullah
Ketua Pemuda UMNO Ketereh

0 ulasan: