Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Retreat UMNO Ketereh

Ahad, 11 Januari 2009

WATERCITY RESORT, MELAKA
Biduk Berlalu Kiambang Bertaut




Setelah selesai semua mesyuarat bahagian bagi ke empat-empat peringkat, satu sesi rehat dan pemulihan telah diadakan di Watercity Resort, Bukit Katil, Melaka dari 24-28 Disember 2008. Perasmian nya pula telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka.

Sesi Retreat di Watercity Resort ( Ayahanda Cikgu Wil, Naib K. Bahagian sebut ‘underwater resort’) ini tercetus atas ilham Tan Sri Ketua Bahagian, setelah menyedari bahaya tentang kurang nya kefahaman terhadap falsafah perjuangan Umno bilamana perjuangan ahli Umno pada masa kini lebih terarah kepada aspek pembangunan materialisma semata-mata.

Sesi yang dipenuhi dengan ceramah berkaitan sejarah penubuhan Umno,ketuanan melayu serta perjuangan bangsa melayu telah memberikan suatu semangat serta kesedaran yang baru khususnya kepada para peserta. Ceramah ceramah telah disampaikan oleh tokoh-tokoh hebat seperti Tan Sri Aziz Tapa, Datuk Malik Munip ,Prof. Datuk Dr.Rais Sudin dan lain-lain.

Apa yang lebih penting ialah program yang telah dianjurkan oleh Biro Latihan dan Perkaderan ini telah menjadi suatu medan yang sangat penting dalam menyatukan kembali AJK –AJK yang telah melalui proses pemilihan bahagian baru-baru ini. Dapat disaksikan sendiri bagaimana mereka kembali rapat dan bermesra , seolah-olah tiada apa yang berlaku semasa proses pemilihan baru-baru ini. Bagi muka-muka baru pula, peluang untuk berkenalan dan membina silaturrahim telah digunakan sebaik mungkin.Alhamdulillah, semangat setiakawan yang utuh ini akan menjadi teras bagi menjana kekuatan Umno Bahagian Ketereh dan sayap-sayapnya.

Bagi Pemuda, Retreat yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Haji Md. Alwi ini telah membuktikan bahawa AJK yang terpilih adalah mereka yang sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam penyertaan di setiap aktiviti anjuran Bahagian. Hanya seorang daripada 23 AJK nya, yang tidak dapat menyertai sesi ini atas mussyaqah yang tak dapat dielakkan. Tahniah diucapkan kepada semua , begitu juga kepada Biro Latihan dan Perkaderan yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Semoga ianya dapat dipanjangkan ke peringkat cawangan dan akar umbi pada lain kali.