Piliharaya kecil P36 Kuala Terengganu semakin hampir kepada hari pengundian. Calon yang bertanding mempergiatkan lagi kempen mereka dengan isu-isu yang panas namun ianya tenggelam dek kekejaman Israel di Gaza.
Pemuda Ketereh turut sama membantu merancakkan kempen pilihanraya yang diketuai oleh Ketua Pemuda Mohammad Abdullah a.k.a adikMat. Setelah melihat perjalanan proses berkempen kesemua pihak yang bertanding, Pemuda Ketereh yakin kemampuan Wan Farid, calon BN untuk memenangi pilihanraya kali ini.
5 penggal sebagai wakil rakyat di Wakaf Mempelam menyaksikan PAS meletakkan kelemahan dalam profail calon mereka Abdul Wahid Endut yang mana peranan Abdul Wahid sebagai ADUN gagal diterjemahkan sebaik mungkin.
Manakala calon BN Wan Farid merupakan calon yang sesuai untuk meneruskan agenda Allahyarham Razali Ismail yang masih belum selesai. Janji pilihanraya umum 2008 akan diteruskan dan matlamat memajukan rakyat Kuala Terengganu dari pelbagai aspek juga sebahagian dari janji untuk rakyat
Kelemahan Wan Farid adalah sesuatu yang biasa dan lazimnya pihak lawan akan mempergunakannya bagi tujuan memburukkan imej Wan Farid. Kematangan pengundi adalah asas utama dalam penilaian seseorang calon kerana Pemuda Ketereh yakin akan perubahan sikap pengundi di Parlimen Kuala Terengganu yang mahukan pemimpin yang dapat membela nasib mereka.
Oleh itu Pemuda Ketereh menyeru warga Kuala Terengganu agar bijak dalam membuat pengundian.

0 ulasan:
Catat Ulasan