Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Bantahan Untuk FAM

Jumaat, 9 Januari 2009

Keputusan FAM memberikan kemenangan percuma kepada KL Plus adalah satu keputusan yang membuatkan rakyat Kelantan amnya peminat bolasepak Kelantan merasakan betapa bencinya FAM melihat kesungguhan KAFA dibawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa dalam memajukan bolasepak di Malaysia yang merudum selama ini.

Dengan kesungguhan KAFA serta penaja Al-Hamra Group dalam berbelanja besar, menyaksikan Stadium Sultan Muhamad ke-IV sentiasa penuh dengan penonton kerana kebangkitan skuad Kelantan yang ketara kebelakangan ini.

Apatah lagi dengan kemenangan ke atas UPB-MyTeam Selasa lalu pasti membuatkan tiket RM 10 sold out di stadium Sabtu ini dimana Kelantan akan berhadapan dengan KM Naza.

Kemarahan penyokong Kelantan dapat dilihat melalui laman web Kijang.net dimana penyokong menyediakan banner yang bertajuk " FAM cuba lawan kuasa Tuhan".

Kebiasaanya kemenangan percuma di beri 2-0 tetapi untuk Kelantan, KL Plus diberi 3-0.

Teringat kenangan zaman remaja dahulu. Kalau tidak silap ketika perlawanan Kelantan menentang Selangor di Stadium Merdeka 1994 dahulu. Ketika itu Hashim Mustapha begitu memuncak setelah menerajui penjaring terbanyak Liga Semi Pro dan malam itu Hashim menjaringkan gol yang cukup menarik dari gerakan solonya. Kemudian berlaku tragedi apabila Halim Napi menerajang Zoran (kalau tidak silap). Kenapa Halim bertindak demikian. Kerana selepas Selangor menyamakan kedudukan, Zoran mengutip bola di dalam gol Kelantan dan kemudian meludah Hashim Mustapha. Sapa tidak marah beb.

Namun malam selepas perlawanan itu, Hasbullah Awang ketika cuba mendapat penjelasan Hashim melalui talian telefon dalam rancangan Cakap-Cakap Bola TV3 (ketika itu Piala Dunia berlangsung di Amerika) seakan-akan menyekat atau menyampuk apabila Hashim cuba jelaskan keadaan sebenar. Hasbullah lebih terarah untuk menyalahkan pemain Kelantan.

Ini sebahagian dari ketidakadilan yang berlaku untuk pasukan Kelantan. Oleh itu diharap penyokong Kelantan tidak putus harapan dan kekalkan kedudukan status sebagai Penyokong Bolasepak yang paling digeruni di Malaysia.



0 ulasan: