Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Aktiviti Pemuda Ketereh

Rabu, 28 Januari 2009

Perkara ini pernah dicadangkan oleh saudara nasru untuk aktiviti Pemuda Ketereh bagi era kepimpinan baru. Mungkin masih terlalu awal atau disebabkan tumpuan kepada Pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini.
Semoga cadangan ini tidak diketepikan dan ramai yang memberi pandangan positif terhadap program ini.
Cadangan utk Ketua Pemuda Ketereh 

Selaku Ketua Pemuda UMNO Ketereh yang baru tentulah adik Mat masih dalam mood meraikan kemenangan. Tapi jangan sampai terlupa untuk buat kerja dan tabur bakti kepada pemuda Parlimen Ketereh. Mungkin adik Mat telah memikirkan apa perancangan yang hendak dibuat sekiranya dapat duduk di kerusi Pemuda Ketereh ni. Apa pun sebagai tambahan, harap adik Mat dapat terima cadangan kawe.

Oleh kerana Presiden KAFA adalah Nuar Musa maka kawe harap KAFA dapat ambil Pemuda UMNO sebagai projek ala-ala 'anak angkat'. Wujudkan satu liga dalam Parlimen Ketereh sebagai tapak mencari bakat baru dalam arena bolasepak Kelantan.
Parlimen Ketereh ada 3 bahagian iaitu Melor, Kadok dan Kok Lanas (MKK). Jangan buat ikut peti undi. Kalau buat ikut peti undi maknanya ada 40 pasukan. Bajet besar tu dan satu lagi takut tidak terkawal. Buat 4 pasukan je dari 3 bahagian ni iaitu 12 pasukan keseluruhannya.

Disini adik Mat boleh mainkan peranan sebagai ketua dengan melantik Exco/AJK Pemuda jadi Pengurus pada 12 pasukan ini. Adakan klinik kejurulatihan bolasepak (bantuan KAFA) , seisi pemilihan pemain serta kalau boleh dapatkan penajaan syarikat-syarikat besar di Kelantan ataupun ejas dengan Nuar Musa sendiri (Nuar banyak pitih). Organisasi pengurusan liga kena pastikan cekap dan amanah serta bijak menyelia setiap perlawanan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Faham sendiri la kalau pasal bolasepak ni di Kelantan. Mesti ada tak puas hati samada dikalangan pasukan ataupun penyokong.

Daripada 12 pasukan yang bertanding, 8 daripadanya layak ke pusingan suku akhir (kalah mati). Untuk peringkat suku akhir ni, buat di Mini Stadium MDKB. Manakala separuh akhir dan akhir pula buat di Stadium Sultan Muhammad ke-4. Baru ganah..

Hadiah pula bagi dalam bentuk medal dan tunai. kalau ada nak sponsor hamper pun bagus juga. Masa perlawanan akhir tu promosi la kat radio di Kelantan macam manis.fm. Namakan setiap pasukan dengan nama glamour, contohnya Melor United (MU). Bila tengok kepada singkatannya macam ManU. Liga pula letak nama Liga MKK atau Liga Ketereh. Kalau boleh wujudkan seketeriat Liga. Susun perlawanan dengan masa yang sesuai.

Ataupun wujudkan Liga Kelantan kalaulah nak buat hok lebih besar. Nuar Musa boss UMNO Kelantan dan dia boleh arahkan Ketua Pemuda setiap bahagian wujudkan pasukan. Adakan seisi pemilihan macam MyTeam.

Cadangan ini dibuat untuk mengaktifkan Pemuda Ketereh supaya dapat cari ahli baru serta merapatkan lagi kalangan pemuda kawasan.

Idea tu banyak kalau nak diberikan. Cuma kaedah perlaksanaan je menjadi masalah terutama dari segi nak cari sponsor dan bajet.

Selamat maju jaya utk Pemuda UMNO Ketereh. Maju sukan untuk Kelantan

0 ulasan: