Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

MCA & MIC

Ahad, 2 November 2008

Media baru-baru ini melaporkan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai, meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat senarai awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Ini disusuli kenyataan Pemuda MIC yang turut membuat desakan sama dengan Ketuanya, T Mohan, menegaskan sudah tiba masa untuk kerajaan berbuat demikian demi kepentingan bersama seluruh rakyat negara ini.

Saya berpendapat tindakan membangkitkan isu perkauman hanya akan menghakis sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Saya turut berpendapat UMNO khususnya harus mencari jalan penyelesaian bagi memantapkan lagi hubungan di antara komponen-komponen dalam BN..Jalan penyelesaian harus berpaksikan kepada teras-teras yang telah diguna pakai dlm Persetujuan Bersama dlm Pakatan Perikatan terdahulu,tetapi dapat diubah pakai mengikut perubahan masa & zaman. Ini bagi memastikan kemaufakatan antara Komponen dlm BN terus berkekalan,seterusnya memastikan kemenangan & merampas kembali 5 negeri yang telah kecundang kpd parti pembangkang pada p/raya yg akan datang.

Tetapi jika MCA & MIC masih berkeras, pendapat TUN Mahathir berbunyi "Berkenaan tuntutan ini, saya rasa kalau kita lemah orang akan kenakan kita, itu naluri manusia.Kalau kita kuat orang tidak akan buli kita,begitu juga sebaliknya.

Sementara dia(pihak yang menuntut)buat tuntutan, saya dapati orang Melayu pula tidak membuat sebarang tuntutan, jadi kita juga kita perlulah membuat tuntutan apa yang mereka minta,kita juga minta.Umpamanya dia kata orang Melayu dapat dapat itu ini dia kena tahu dia dapat apa? kalau kita ambil balik apa yang dia dapat, dia juga rugi.", blh diguna pakai..ko guano?

0 ulasan: