Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Masa Untuk Berubah

Jumaat, 24 Oktober 2008

Sekarang banyak yang kita dengar pasal Transformasi UMNO. Apakah Transformasi UMNO ni diterap dalam anggota UMNO khususnya Pemuda? atau sekadar satu gimik?? Persoalannya ramai yang masih belum mengerti apakah Transformasi UMNO?Jadi banyak yang masih lagi belum menyedari apakah pengorbanan yang perlu untuk jayakan Transformasi ini dari peringkat akar umbi hingga ke pucuk pimpinan.

Sekarang ni ada yang masih tidak sedar??Cuba kita lihat di Peringkat Pemuda Bahagian Ketereh yang mana sudah begitu lama tiada pertandingan untuk merebut kerusi Ketua Pemuda.Inilah peringkat permulaan transformasi yang mana pemilihan dibuat atas pilihan anggota pemuda yang memerlukan seorang ketua yang dapat membina kembali kekuatan pemuda di bahagian Ketereh.

Baru - baru ni ada yang melenting apabila dikritik dan dikutuk.Adakah ada kebenaran dalam hal ini??bila dikriitik tingkahlakunya apa lagi melenting,mengamuk yang kena kutuk itu.Nasihat saya janganlah cepat naik marah,fikir positif dan yang baik dikekalkan yang mana buruk ubahlah.Muhasabah diri dan ubahlah sikap yang tak baik itu. Marilah kita sama-sama berubah untuk parti UMNO.

Bagaimana nak berubah dan apakah pengorbanan yang perlu?Kita tidak dapat nak mengubah seseorang dengan mudah cuma ubah dulu diri kita sebelum nak mengubah orang. Pendekatan yang dilakukan ahli UMNO kena lebih telus. Sudah tiba masanya kita harus terima hakikat yang parti UMNO ni perlu berkhidmat untuk semua lapisan masyarakat tiada mengira kaum dan fahaman politik.

Kepimpinan Pemuda diperingkat bahagian perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab kesemua lapisan masyarakat walaupun berbeza fahaman politik.Janganlah kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk ahli UMNO saja.Mari kita sama-sama pikir macamana nak laksanakan tugas mendekati orang-orang muda di Parlimen Ketereh dengan lebih efisien. Di masa sekarang ni UMNO banyak kecenderungan ke arah mengambil peranan untuk ahli UMNO sahaja.Berubahlah sekarang.

0 ulasan: