Presiden UMNO

Presiden UMNO

Calon BN N11

Calon BN N11

Blog UMNO Ketereh

Arkid

Wacana Pembinaan Bangsa

Rabu, 29 April 2009

27 April 2009 - Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, di bawah Biro Pembangunan Usahawan & Profesional telah menganjurkan Wacana Pembinaan Bangsa. Dengan topik " Cabaran & Peranan Mahasiswa Dalam Menghadapi Krisis Kemelesatan Ekonomi Semasa Serta Kearah Pembinaan Bangsa Melayu Gemilang" wacana ini diadakan di Politeknik Kok lanas, Kelantan dan dihadiri oleh para mahasiswa & mahasiswi dari Politeknik Kok Lanas.



Ahli panel terdiri daripada Prof. Madya Dr Mohd Rafi Yaakob, Pensyarah dari UMK dalam bidang Keusahawanan dan En Zulkarnain Yusoff, Pensyarah Teknologi Maklumat dari UiTM.



Wacana yang bertujuan mendedahkan dan menyedarkan bakal pemimpin pelapis masyarakat, bakal-bakal usahawan, bakal-bakal profesional tentang peranan yang perlu diambil dalam menangani masalah krisis ekonomi. Wacana ini turut memberi motivasi kepada para mahasiswa&mahasiswi mengenai pentingnya ilmu pengetahuan dalam pembinaan bangsa dalam memajukan sebuah negara.



Ketua Pemuda UMNO Ketereh, Sdr Mohamad Bin Abdullah dalam ucapannya mengatakan sudah menjadi tanggungjawab Pemimpin setempat untuk memberikan pendedahan ini kepada para pelajar. Beliau juga berharap dengan program ini dapat menjadi satu titik mula atau jambatan menghubungkan komuniti setempat dengan para pelajar. Beliau mennyeru agar budaya keilmuan ini dapat merealisasikan saranan kerajaan untuk menjayakan 'knowledge Community" iaitu masyarakat berilmu pengetahuan.



Pemuda UMNO Ketereh akan terus memperhebatkan program ilmiah seumpama ini seacra berkala selepas ini. Mungkin akan membincangkan pelbagai topik-topik menarik demi memastikan intipati-intipati yang terkandung dalam rukunnegara dan perlembagaan Malaysia dapat difahami semua.

0 ulasan: